Saturday, October 30, 2010

Akhirnya dah nak tamat dah bulan Oktober ni... (cepatnya masa berlalu)...mungkin ini post terakhir aku untuk bulan Oktober ni... kan lusa dah 31 Oktober... 

Aku jugak rasa gembira sebab dah banyak benda dah yang aku letak kat blog ni! Tengoklah... ada widget, cursor yang cute, dan video SLAM DUNK lagi kat tepi tu... Tengok kat atas tu pulak... ada text bergerak! cuba baca apa dia tulis.... siap ada gambar HANAMICHI, RUKAWA dan SENDOH lagi kat tepi tulisan tu!  ^_^

Ahh! Gembiranya rasa dapat hias blog aku ni! Tapi aku masih budak baru dalam dunia blogger ni...
Jadi... mintak tunjuk ajarlah kepada semua yang aktif, pandai, dan hebat dalam dunia blogger ni ye??

Tuesday, October 26, 2010

Kejohanan berakhir...

Setelah 2 hari pergi ke kejohanan iaitu pada 22 & 23 Oktober yang lalu,aku rasa sungguh letih. Banyak kesan lebam dan merah kat kaki aku ni, sebab SPARING lah ni......(aduh!! sakitnya)... Aku juga rasa sangat sedih sebab hanya dapat bawa balik 1 pingat je iaitu pingat perak..tapi syukurlah sebab dapat jugak pingat walaupun first time masuk kejohanan ni... 

Walaupun begitu...aku rasa gembira jugak sebab sekolah aku iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BACHOK telah berjaya memungut 22 pingat kat kejohanan itu. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan pingat ni kepada sekolah kita. Kami (ahli-ahli persatuan taekwondo SMK Bachok) telah memenangi 2 pingat EMAS, 11 pingat PERAK dan 9 pingat GANGSA!! 

Woohoo!!rasa gembira sangat sebab boleh menang 22 pingat.... pingat emas dimenangi oleh senior kami iaitu IKRAM...dia menang 1 pingat emas,seorang lagi yang menang pingat emas ialah kak HAFIZAH.Dia juga  menang 1 pingat emas..

Pingat perak pula dimenangi oleh UMMI, kawan baik aku ni menang 2 pingat perak iaitu dalam acara TEAM PATTERN dan juga INDIVIDU SPARING.... DALILAH (anak pengetua SMK Bachok) menang 1 pingat perak iaitu dalam acara INDIVIDU PATTERN...cayalah! hebat budak ni!!..MIMI,menang 1 pingat perak dalam INDIVIDU SPARING.... 

ASYRAF,senior kami jugak...menang 1 pingat perak dalam INDIVIDU SPARING..hebat lah dia ni!!tetap boleh menang pingat perak walaupun baru buat operation beberapa bulan yang lalu...AZIZ,juga menang 1 pingat perak dalam INDIVIDU SPARING...SYAMIMI,dia menang 1 pingat perak dalam INDIVIDU SPARING... 4 lagi pingat perak dimenangi oleh HANIS(aku),AMIRA(kawan baik aku),kak NABILAH dan kak HAFIZAH(senior aku tadi..) dalam acara TEAM PATTERN..nama kumpulan kami ialah SUPER JUNIOR...(malunya dengan nama ni...) 


Pingat gangsa pula dimenangi oleh UMMI(budak tadi la ni..)...dia dapat 1 pingat gangsa dalam INDIVIDU PATTERN...kak FATIN(senior aku jugak ni) menang 1 pingat gangsa dalam INDIVIDU SPARING..hebatlah!aku pun tak leh pingat dalam INDIVIDU SPARING...(malangnya nasib aku...)  

FATIN,(bukan senior tadi ni ye!)menang 2 pingat gangsa dalam INDIVIDU SPARING dan TEAM PATTERN....MIMI,(yang nama kat atas tadi) menang 2 pingat gangsa iaitu dalam INDIVIDU PATTERN dan juga TEAM PATTERN...DALILAH(nama kat atas tadi),SYAFIKA dan SYAMIMI(nama kat atas tadi) juga menang 3 pingat gangsa dalam TEAM PATTERN...nama kumpulan mereka ialah EGO. 

 

Walaupun aku dapat 1 pingat je kali ni...tapi aku takkan putus asa sebab bulan DISEMBER ni ada pulak kejohanan menanti...aku akan cuba nasib aku sekali lagi bulan disember ni...kita tak boleh mudah putus asa!! ingat tu!! 

Okey! Sampai sini saja cerita pasal kejohanan yang telah aku dan ahli-ahli persatuan taekwondo yang lain sertai...jika ada umur yang panjang...aku akan ceritakan lagi pasal kejohanan pada bulan disember nanti...insyaallah

Terima Kasih semua!! 

Wednesday, October 20, 2010

Kejohanan lagi...

Ahh!!! Tadi sir taekwondo aku(sir Zainal Abidin) baru je bagitau yang semua orang wajib masuk SPARING!!! Terkejut aku termasuk orang lain yang ada kat situ....ahh!!! macam mana ni???aku tak nak masuk SPARING!!
Dah lah aku ni tak tau nak SPARING macan mana....apalah nasib aku ni...tapi tetap kena redha sebab semua tu kan tentuan ALLAH SWT. Jadi..aku mesti BERSEMANGAT!!! 
Gambate!



Sunday, October 17, 2010

Kejohanan...

Hari Jumaat & Sabtu ni nak gi kejohanan kat Panji!!! Emm....tak sabar nya nak tunggu!!Tapi...takut gak sebab ade SPARING (berlawan betul2...tak main2 ni!!!).... kalau balik rumah nanti bengkak2,patah tangan ke...kaki ke....camne??? Tapi jangan risau smua kengkawan ku.... sebab aku tak masuk SPARING atau benda yang sewaktu dengannya smua tu... aku masuk pertandingan buat PATTERN je.. jadi,rileks je lah..... ^_^

Wednesday, October 13, 2010

gembira!

Yeah!!!Cursor,widget...benda tu sume dah ada dah kat blog aku ni...aku rasa GEMBIRA sangat!  : ) 
ha ha ha..... sekarang aku dah tahu

Thursday, October 7, 2010

stress nyer...

Hari ni tak melukis lagi...bila agaknya nak siap komik aku kalau aku terus camni??? ahh!!! stres nyer rasa!!!
matilah aku kalau terus camni!!!

benci...

Hari rasa sungguh gembira sebab dapat tengok citer Bread,Love and Dream!! Semalam tak dapat tengok sebab guruh!!!  Ish... bencinyer bila berlaku perkara camtu!!!!!!(terutamanya masa cerita yang kita suka tengok)