Tuesday, November 30, 2010

Keyboard...

Baru-baru ni aku main keyboard aku yang dah lama aku tak usik...(banyak betul habuk kat kotak keyboard ni,hish!) Tapi aku bukak jugak kotak tu sebab aku nak main keyboard sangat... 
^o^

Sebenarnya dah bertahun-tahun dah aku tak main keyboard tu,tapi nasib baik keyboard tu masih okey lagi (bila aku tekan keyboard tu keluar bunyi...masih okey lah tu maksud dia,kan?) 

Aku dapat keyboard ni masa aku darjah 4 (bukan ibu bapa aku yang bagi lah...jangan harap mereka nak bagi aku hadiah yang mahal camtu!).Sebenarnya aku dapat keyboard ni dengan memenangi pertandingan melukis yang dianjurkan oleh dirahsiakan...(mana boleh bagitau,nanti tak syok lah). Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu? Kan ada sebuah rancangan yang menganjurkan pertandingan melukis...

Aku try lah hantar lukisan aku kat rancangan tu...tiba-tiba satu hari ni sampai lah surat yang menyatakan aku telah memenangi pertandingan melukis tu! Aku diminta untuk menuntut hadiah aku ni dalam masa seminggu...jadi aku pergi tuntut je lah hadiah tu. Bila aku bukak.... rupanya ada sebuah keyboard! Wah, apalagi...gembiranya rasa! 

Bermula hari tu...aku sentiasa main keyboard aku ni. Tapi lama kelamaan aku dah tak main keyboard tu hinggalah ke baru-baru ni...(mesti keyboard aku rasa sedih sebab dah lama aku tak mainkan dia)

Baru-baru ni, aku bukak kotak keyboard tu...aku keluarkannya dengan gembira. Aku dengan Cik Nana (adik aku) main keyboard aku ni dengan lama...memang seronok dapat tekan-tekan keyboard ni!
Kami rasa seronok sangat buat lagu guna keyboard ni. Kami buat macam-macam lagu guna keyboard aku ni....