Thursday, November 10, 2011

Trip To KL and Genting

17/10/2011- Hari ini rasa happy sangat-sangat...maklumlah nak gi KL! Mula-mula tu, budak 3 Nilam naik flight (air asia),lepas sejam tu...sampai la kat LCCT. Sampai kat sini, naik bas pulak pergi ke KL Sentral. Sampai tu, tak tau nak pergi jalan mana...nasib baik cikgu Amri datang ambik kitorang. fuh...lega! Cikgu bawak kitorang check in kat Hotel Florida dekat Brickfield. Lepas rehat and unpack our things, makan  dulu kat kedai mamak order nasi goreng (pedas giler!! Lepas ni aku tak nak makan dah nasi goreng mamak!TAK NAK!!!) Kami naik monorel pergi kat Imbi, atas monorel ni aku jumpa two japanese old man...so exciting! Maklumlah, aku kan obses ngan Jepun... Masa pergi kat Imbi, pergi kat Town Square dulu and then pergi kat Low Yat sebab nak cari pendrive (aku beli yang 8GB punya for only RM26!) Pergi kat Parkson ngan Giant dan lepas habis shopping kat sini... kami balik semula ke hotel. 


18/10/2011 - Bangun pagi - pagi lagi dan solat subuh...lepas siap semua tu, turun makan kat restoran tepi hotel kitorang. Aku makan nasi lemak, so simple but sedap! Jalan kaki ke KL Sentral sebab nak naik LRT menuju ke KLCC, pergi ke Petrosains (best la jugak...), lepas tu naik LRT pulak pergi ke Masjid Jamek...solat zohor and asar kat sini (jamak takdim), jalan kaki pulak ke bazaar dekat ngan Masjid India (tak beli apa-apa pun,lalu je...)pergi lunch dekat gerai makanan dan pergi ke Sogo (luas sangat! letih dah aku nak jalan).Lepas tu, pergi kat bazaar tadi balik (beli beg duit baru sebab yang lama dah koyak), aku pergi kat Masjid India pulak sebab nak tunggu Cikgu Noriah /Nori (my mother la...), lepas tu jalan pulak ke stesen LRT Masjid Jamek sebab nak balik ke KL Sentral...(tired!) Malam tu, solat maghrib and isyak pergi makan roti canai telur kat kedai mamak dan balik tidur.

19/10/2011 - Pagi tu, macam semalam lah..makan nasi lemak kat restoran yang sama, tunggu Cikgu Amri datang dan lepas tu jalan kaki ke KL Sentral sebab nak naik bas ke Genting Highlands! (syoknya!). Sampai kat Genting tu, jumpa ngan seekor maskot gajah nama dia Allie (tak cute pun...) ada orang tarik belalai dia! hahaha...padan muka gajah tak comel tu! Masuk dalam theme park tu, mula-mula naik double deckcarousel, lepas tu pirate ship, flying jumbo, pirate train, pergi boating, naik flying dragon, antique car, astro fighter... then pergi kat musical fountain and snap some photos, lepas tu pergi solat dan naik monorail, matahari, corkscrew, space shot dan last sekali...pergi kat Beryl's Cholate Wonderland, lepas tu pulang hotel...Letih sangat-sangat! 




20/11/2011 - Hari ni kitorang pergi kat Muzium Negara (belajar Sejarah...hey! exam is over la!!), pergi pulak kat Central Market (aku makan chiken chop kat sini for RM8.90) walaupun mahal, tapi kat puas hati sebab chicken chop tu sedap sangat! Keluar tu, tengok pelukis- pelukis tengah lukis potret (pandai nyer diorang lukis! Aku pun nak pandai melukis camtu jugak! Seriously, I have lot to learn from them..pergi pulak kat bazaar semalam dan beli blouse polca-dot for RM30, lepas tu balik semula ke hotel melalui Stesen Masjid Jamek. 

21/11/2011- Hari ni dah hari last dah kat KL, pergi kat stesen monorail dan naik monorel ke Bukit Bintang, pergi kat iSetan, Pavilion, Sungei Way, lepas tu pergi ke Giant sebelum pergi ke Stesen Monorel kat Imbi... Balik hotel tu, kemas barang-barang dan jalan kaki ke stesen bas kat KL Sentral menuju ke LCCT. Kat LCCT ni, jumpa Azli Senario (tinggi lah dia! Terkejut aku!) Lepas tu, naik flight balik ke Kelantan dan Nori beli KFC for dinner dan balik tu,(tak balik terus,tapi singgah dulu kat rumah Kak Ajek..rumah nenek Nadhira)...lepas tu baru  aku balik rumah. Home at last! Home sweet home!